Mikel Arteta memuji jaringan kemenangan Kai Havertz sebagai 'pemain luar biasa' selepas tandukkan lewat pemain berkenaan membantu Arsenal menewaskan Brentford untuk menduduki puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dengan saingan Liverpool dan Manchester City yang akan bersaing pada hari ini, sebarang kemenangan untuk Arsenal semestinya akan membawa mereka ke puncak liga dan terus kekal di kedudukan pertama jika perlawanan dua seterunya itu berakhir dengan keputusan seri.
Havertz turut diraikan oleh penyokong mereka selepas wisel penamat ditiupkan dan kini dia telah membantu skuad The Gunners itu menjaringkan empat jaringan dalam empat perlawanan terakhirnya justeru menolak kritikan terhadap prestasi awal musim dia selepas berpindah masuk dari Chelsea.
"Jika sebelum ini seseorang memberitahu saya selepas dua atau tiga bulan pertama bahawa seluruh stadium akan menyanyikan lagu untuk dia penuh perasaan dan semangat pasti ia sukar untuk dipercayai.
"Itulah yang akan berlaku kepada pemain yang baik dan luar biasa.
"Mereka melihat hasil usahanya, kecerdasan dan bagaimana dia beraksi di atas padang dan memberikan sumbangan dalam pasukan. Mustahil untuk tidak mempercayai pemain seperti Havertz," katanya.