Gabriel Jesus telah memberikan Mikel Arteta 'masalah besar' selepas penyerang Arsenal itu kembali daripada kecederaan dengan penampilan cameo dalam kemenangan 3-0 Ahad di Fulham.
Pengurus pasukan, Arteta melihat Jesus cemerlang pada bulan-bulan pembukaan musim ini ketika The Gunners memulakan cabaran kejuaraan mereka, tetapi mereka telah belajar untuk mengatasi tempoh tanpa kelibatnya sejak bekas pemain Manchester City itu mengalami kecederaan lutut semasa tugasan Brazil di Piala Dunia.
Jesus mempunyai peranan untuk dimainkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris, tetapi Arteta, walaupun gembira untuk mendapatkan semula khidmat pemain tersebut, berkata pemain berusia 25 tahun itu 'perlu berusha mendapatkan semula tempatnya'.
Arteta membawa Jesus sebagai pemain gantian pada minit ke-77 di Craven Cottage, menggantikan Leandro Trossard, yang melakukan tiga bantuan jaringan pada separuh masa pertama membuka jalan untuk kemenangan derby London.
“Kami tidak tahu sama ada ia perlawanan yang sesuai untuknya hari ini,” kata Arteta.
“Beberapa hari lalu, dia memberitahu saya dia kehilangan sesuatu, dan kemudian semalam dia memandang ke mata saya dan memberitahu saya dia sudah bersedia.
"Hari ini kami berpeluang untuk melontarkannya kerana ia adalah langkah pertama untuk memberinya rangsangan.
"Dia kelihatan bebas dan menjana dua peluang buat pasukan, dan ia bagus untuk mendapatkan semula Jesus dalam skuad utama.
"Sekarang dia perlu mendapatkan tempatnya seperti pemainlain dalam pasukan. Kami mempunyai alternatif yang boleh bermain di posisi yang berbeza, dan kami mempunyai peranan berbeza untuk diisi berkaitan dengan keserasian pemain dan apa yang kami minta mereka lakukan. Ia adalah masalah hebat untuk dihadapi, percayalah."

So happy to be back. And feels like i never left... What a win from this group! Let's go, gunners! ?????#gratidão#alômãe pic.twitter.com/Sam2K6VAtD
— Gabriel Jesus (@gabrieljesus9) March 12, 2023