LIGA INGGERIS
Arteta hargai permohonan maaf VAR tapi hanya puas hati jika Arsenal ditambah dua mata
Mikel Arteta tidak dapat menerima kesilapan video bantuan pengadil (VAR), yang mengakibatkan Arsenal kehilangan dua mata ketika menentang Brentford, sekadar "kecuaian manusia" walaupun dia menghargai keikhlasan permohonan maaf terhadap insiden itu.
Arsenal terikat 1-1 dengan Brentford di Stadium Emirates dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu selepas jaringan penyamaan Ivan Toney dibenarkan.
Jaringan itu hasil umpanan Christian Norgaard, yang terlebih dahulu berada di kedudukan ofsaid ketika serangan itu dibina.
Iklan
Pegawai VAR, Lee Mason, melakukan semakan terhadap jaringan itu tetapi tidak mengesan kedudukan Norgaard dalam insiden lebih awal, di mana Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), badan yang mengelolakan seluruh pengadil di England, menganggapnya sebagai satu kesilapan yang besar.
Mason kemudian tidak dinamakan untuk terlibat dalam sebarang perlawanan hujung minggu ini.
Bagi Arteta, Mason bukan sekadar melakukan kesilapan, malah tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan tugasnya.
"Ia bukan kecuaian manusia sahaja, ia satu kes di mana anda amat-amat tidak faham mengenai tugas anda.
"Ia tidak boleh diterima, maafkan saya. Ia mengakibatkan Arsenal kehilangan dua mata dan itu tidak akan dapat dikembalikan, jadi kami perlu mencari dua mata itu dalam perlawanan lain sepanjang liga ini," katanya.
Arsenal akan menghadapi Manchester City dalam perlawanan EPL awal pagi esok tetapi sidang media sebelum perlawanan itu lebih didominasi dengan perbincangan mengenai jaringan Toney.PGMOL can confirm its Chief Refereeing Officer Howard Webb has contacted both Arsenal and Brighton & Hove Albion to acknowledge and explain the significant errors in the VAR process in their respective Premier League fixtures on Saturday. pic.twitter.com/dCDkooxhxf— PGMOL (@FA_PGMOL) February 12, 2023
"Ia bukan sekadar kesilapan biasa. Saya tidak dapat menerimanya, kelab ini tidak dapat menerimanya.
"Saya hanya akan berpuas hati jika kami diberikan semula dua mata itu, di mana ia tidak akan berlaku.
"Saya hargai dan saya fikir mereka amat ikhlas untuk memberikan permohonan maaf secara terbuka dan memberikan penjelasan, di mana ia sangat bagus tetapi ia tidak dapat mengubah hakikat bahawa kami kehilangan dua mata daripada apa yang selayaknya kami dapat dalam kedudukan liga ketika ini," tambahnya.
Must-Watch Video