Mikel Arteta berpendapat Arsenal akan meraih kebaikan gara-gara bergelut ketika menentang Leeds United tatkala kemarahannya ketika waktu rehat mencetuskan peningkatan pasukannya itu.
Dalam aksi awal pagi tadi, The Gunners mencipta kemenangan 1-0 di Emirates susulan jaringan tunggal Reiss Nelson dalam babak kedua ketika berdepan pendahulu Liga Kejuaraan itu.
Arsenal dibayangi pelawat dalam babak pertama apabila Patrick Bamford menggegarkan palang dan Emiliano Martinez dipaksa bekerja keras menafikan 15 percubaan Leeds sebelum rehat.
Tuan rumah mempamerkan peningkatan dalam babak kedua dan Arteta berharap pemainnya akan belajar daripada perlawanan itu.
"Kini, saya teruja tetapi kami melihat dua pasukan berbeza dalam babak pertama dan kedua," katanya.
"Saya cuba memberitahu mereka apa yang dihadapi selepas 32 minit permainan. Kami mengubah disiplin, keinginan dan organisasi ketika rehat sebelum akhirnya tampil berbeza.
"Kadangkala mereka perlu meneroka sendiri kesukaran itu. Saya banyak menyaksikan permainan Leeds dan mereka memusnahkan semua pasukan setiap tiga hari. Bagus untuk pemain kami belajar dan melaluinya di atas padang."
Sementara itu, penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette, mengakui Arteta mengamuk di depan pemain ketika waktu rehat selepas mereka hanya meraih 37 peratus penguasaan bola.
"Pengurus banyak menjerit," katanya.
"Dia tidak gembira kerana kami tahu mereka beraksi sebegini dan kami tidak menghormati apa yang diperkatakan."
"Emosi sangat memuncak. Lawan beraksi baik dalam babak pertama. Leeds adalah pasukan yang hebat dan memberi tekanan kepada kami.
"Akhirnya, kami meraih gol dan ia perkara terpenting. Ia memberikan keyakinan untuk kami terus mara dan mahu menuju ke perlawanan menentang Crystal Palace dengan aksi terbaik," tambah Nellson pula.
Editor: Nafis Abdullah