Skip to main content

Bola Sepak

Arteta ada tempoh sampai esok jawab dakwaan FA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mikel-arteta.jpg
Mikel Arteta diberi tempoh hingga esok untuk menjawab pendakwaan Persatuan Bolasepak (FA) atas komen yang dibuatnya selepas kekalahan Arsenal kepada Newcastle awal bulan ini.

Pengurus Gunners itu menyifatkan keputusan video bantuan pengadil (VAR) untuk tidak membatalkan jaringan Anthony Gordon ketika anak buahnya tumbang 0-1 di St James’ Park sebagai cukup memalukan.

Arteta berdepan tuduhan melanggar peraturan FA E3.1 dan pada mulanya diberi masa hingga Selasa lalu untuk memberikan jawapannya.

 
Bagaimanapun, agensi berita, PA, difahamkan tarikh akhir itu telah dilanjutkan atas permintaan The Gunners.

VAR membuat tiga kali semakan untuk menentukan adakah bola telah terkeluar sebelum hantaran silang Joe Willock selain sama ada Joelinton telah mengasari pertahanan Arsenal, Gabriel, sementara Gordon pula mungkin ofsaid.

Arteta tidak dapat menyembunyikan kemarahannya selepas perlawanan itu dengan berkata: “Anda perlu bercakap tentang bagaimana gol ini diiktiraf? Luar biasa. Saya berasa amat malu.

“Saya perlu tampul dan cuba mempertahankan kelab. Sila minta bantuan kerana ia memalukan kerana gol ini dibenarkan. 

"Ini suatu kehinaan yang mutlak.”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video