Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Arsenal umum senjata baru di bahagian tengah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mikel-merino.jpg
Arsenal mengumumkan pembelian Mikel Merino daripada Real Sociedad dengan kontrak selama empat tahun.

Pemain tengah itu setuju kembali berkelana ke Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi perjanjian mencecah £31.6 juta (RM182j), dengan pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi. 



Merino pernah menyertai Newcastle United pada 2018 sebelum membuat 242 penampilan untuk ke Sociedad dengan menjaringkan 27 gol dan mencatat 30 bantuan jaringan.

Musim lalu, dia memenangi 326 perebutan bola, terbanyak dalam kalangan mana-mana pemain lima liga utama Eropah, manakala 197 kali berhasil merebut semula bola.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video