TOTTENHAM 1 ARSENAL 1
Hugo Lloris menyelamatkan tendangan penalti Pierre-Emerick Aubameyang untuk Tottenham mengikat Arsenal 1-1 dalam pertembungan 'derby' dramatik London, sebentar tadi.
The Gunners meledak gol awal menerusi Aaron Ramsey dan mungkin menanggung kekesalan selepas pintu gol mereka dibocori menerusi penalti Harry Kane dalam baki 16 minit permainan untuk penyerang England itu muncul sebagai penjaring terbaik pertemuan dua seteru itu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kane dilihat berada di kedudukan ofsaid dalam usaha menyambut sepakan percuma Christian Eriksen sebelum dijatuhkan Shkodran Mustafi untuk dihadiahkan penalti, namun The Gunners terlepas peluang keemasan untuk memulihkan kelebihan mereka pada minit pertama masa kecederaan ekoran kekasaran Davinson Sanchez ke atas Aubameyang.
Namun, Lloris, yang terlibat ketika Kieran Trippier menjaringkan gol sendiri yang unik dalam kekalahan 0-2 di Chelsea, Khamis lalu, tangkas menepis rembatan lemah Aubameyang ke sebelah kanannya sebelum Jan Vertonghen menafikan percubaan susulan daripada penyerang Gabon berkenaan ketika Arsenal cuba memanfaatkan bola muntah tersebut.
Situasi pelawat bertambah parah apabila Lucas Torreira dilayangkan kad merah kerana terjahan tinggi kakinya ke arah Danny Rose untuk Spurs menyelamatkan satu mata selepas dipaksa bangkit.