ARSENAL 5 LINCOLN CITY 0
Keputusan 5-0 ke atas Lincoln City dalam suku akhir Piala FA awal pagi tadi menyaksikan kemenangan ke-200 Arsenal dalam perlawanan ke-300 kelab itu di Stadium Emirates.
Penyokong membantah kepemimpinan pengurus, Arsene Wenger, dengan berarak sambil membawa sepanduk "Wexit" menjelang sepak mula dan Arsenal tidak menerajui permainan sehingga Theo Walcott memecahkan kubu skuad liga Ahad itu pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Seperti jangkaan, selepas rehat Arsenal terbukti lebih menguasai perlawanan, dengan Olivier Giroud melebarkan jurang sebelum gol sendiri dilakukan Luke Waterfall dan ledakan daripada Alexis Sanchez dan Aaron Ramsey mengesahkan kunjungan separuh akhir skuadnya ke Wembley.
Arsenal berpindah ke Stadium Emirates, yang mempunyai kapasiti hanya lebih 60,000, menjelang saingan Liga Perdana musim 2006-07 selepas meninggalkan Highbury.
Perlawanan liga pertama mereka di stadium baru itu berakhir seri 1-1 dengan Aston Villa, selepas pemain tengah Brazil, Gilberto Silva, menjaringkan gol lewat untuk menyelamatkan satu mata.
Arsenal kini memenangi 200 perlawanan di Stadium Emirates untuk mara ke separuh akhir Piala FA ketiga dalam tempoh empat tahun.