VALENCIA 2 ARSENAL 4
(Arsenal menang 7-3 secara agregat)
Hatrik Pierre-Emerick Aubameyang menghantar Arsenal ke final Liga Europa (UEL) dan penyerang itu lega pasukannya berjaya mengelak daripada kesilapan lalu di pentas
Eropah.
Arsenal melangkah ke separuh akhir musim lalu, namun gagal mengatasi Atletico Madrid, tetapi mereka memperbaiki pencapaian bagi tahun ini.
Tiga jaringan Aubameyang memastikan kemenangan 4-2 ke atas Valencia di tempat lawan, dengan pengurus Arsenal, Unai Emery, menyingkirkan bekas kelab kendaliannya itu dengan penuh bergaya menerusi agregat 7-3.
Pemain kebangsaan Gabon, Aubameyang, merupakan kunci kejayaan Arsenal yang meledak empat gol dalam dua kemenangan ke atas Valencia.
"Ia sangat bermakna. Kami telah mempelajari kesilapan musim lalu dan tahun ini kami tidak melakukan kesilapan yang sama dan melangkah ke final. Sangat gembira," kata Aubameyang.
"Apabila anda memenangi perlawanan, ia berasa sangat baik. Kami tidak akan menilai siapa lawan kami, Arsenal akan berusaha untuk melakar kemenangan."
Rakan sepasukan, Alexandre Lacazette, turut meledak jaringan dalam kedua-dua perlawanan bagi membantu Arsenal menempah slot final di Baku.
Aubameyang berkata lagi, "Kami selesa digandingkan bersama dan saya sangat gembira beraksi bersama Lacazette."
Harapan Arsenal untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) menerusi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) agak tipis, dengan Lacazette berpandangan aksi kurang konsisten menghukum mereka.
"Kami menampilkan aksi cemerlang dan menyedari perlu menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol," kata Lacazette.
"Terima kasih di atas hatrik Aubameyang, kami memerlukan jaringan.
"Kami mahu beraksi dalam UCL, kami gagal beraksi cemerlang bulan lalu dalam EPL, jadi kami perlu bermain dengan baik.
"Kami melangkah ke final dan perlu menang bagi melangkah ke UCL."