Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal boleh pasang impian tapi perlu realistik, kata Arteta

arteta.jpg
Mikel Arteta tidak akan menghalang sesiapa di Arsenal daripada mengimpikan untuk dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) sambil menggesa The Gunners kekal realistik menjelang pertemuan getir dengan Newcastle United, awal pagi esok. 

Kelab London itu akan menjauhi pencabar terdekat, Manchester City, dengan 10 mata di hadapan di puncak EPL andai mereka menewaskan The Magpies di Stadium Emirates selepas juara bertahan itu terikat 1-1 dengan Everton, Sabtu lalu. 

Dengan anak buahnya belum tewas dalam 10 perlawanan liga terakhir mereka dengan mencetak sembilan kemenangan, kepercayaan mula terbentuk dalam kalangan penyokong bahawa gelaran liga pertama mereka sejak musim 2003-04 mungkin akan tiba.

Ditanya sama ada dia perlu mengenepikan cakap-cakap mengenai gelaran itu, Arteta berkata: "Ini bukan lagi tentang impian, ini mengenai realistik tentang di mana kami berada.

 

“Cara kami beraksi, jelas sekali ia mengagumkan dan kami sangat gembira dengannya.

"Tetapi kami juga perlu menetapkan standard dan objektif jangka pendek untuk apa yang kami perlu perbaiki dan melihat apakah yang mendorong kami memenangi begitu banyak perlawanan."

Advertisement

Must Watch Video