Unai Emery percaya pasukannya, Arsenal, mampu untuk "melakukan sesuatu yang penting" selepas ke suku akhir Liga Europa dengan menundukkan Rennes di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Wakil Ligue 1, Rennes, membawa kelebihan 3-1 daripada perlawanan pertama minggu lalu, namun Pierre-Emerick Aubameyang meghasilkan dua gol dan satu bantuan jaringan untuk Arsenal bangkit ke suku akhir dengan agregat 4-3.
Kemenangan 3-0 itu tiba selepas mereka menumpaskan Manchester United 2-0 dalam Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu, bagi manamatkan rekod tanpa kalah Ole Gunner Solskjaer.
Arsenal kini di tangga keempat Liga Perdana dan berpeluang cerah untuk ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dan saingan Liga Europa juga memberikan mereka peluang untuk kembali digeruni di benua itu.
Dengan Arsenal yang kini semakin konsisten selepas kecelaruan yang dihadapinya sejak menggantikan Arsene Wenger, Emery berasakan pasukannya kini berada di landasan tepat selepas meraih enam kemenangan berturut-turut di laman sendiri.
"Kami telah menunjukkan kami mampu bersaing dalam perlawanan hari ini dan Ahad lalu.
"Ia memberikan keyakinan untuk kami mengekalkannya.
"Selepas ini, saya mahu kami mengawal permainan dengan lebih baik.
"Ketika menentang United dan perlawanan hari ini, kami kerap kehilangan bola.
"Kami akan berusaha untuk mengekalkannya dengan kami akan ke Dubai minggu depan.
"Kami berkemungkinan besar melakukan sesuatu yang penting bulan depan.
"Hari ini, kami boleh berbangga. Ia merupakan minggu yang sukar.
"Berdepan United Ahad lalu dan berdepan Rennes hari ini.
"Kami beraksi dengan amat konsisten, memberikan saingan tanpa bola dan bertahan secara serius.
"Saya mahu kami lebih menguasai permainan, namun mereka meletakkan banyak pemain di kawasan kami dan ia membenarkan kami untuk melakukan serangan.
"Perlawanan ini amat sengit dan kami telah mekakukannya dengan amat baik," katanya.
Empat wakil Liga Perdana Inggeris mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan seteru London, Chelsea, menyertai Arsenal dalam kelompok lapan pasukan terbaik Liga Europa.
Emery pernah membimbing Sevilla menjulang tiga kejuaraan Liga Europa berturut-turut, namun pengendali kelahiran Sepanyol itu tidak pasti sama ada Arsenal merupakan pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan itu di Baku, Mei ini.
"Kedua-dua perlawanan ini amat sukar.
"Hari ini, Sevilla disingkirkan, begitu juga Inter (Milan).
"Setiap pasukan yang layak pasti akan memberikan cabaran yang sukar.
"Liga Juara-Juara dan Liga Europa mempunyai musim yang berbeza, adakalanya kelab Sepanyol dan adakalanya kelab Inggeris.
"Dalam liga domestik seperti ini (Liga Perdana Inggeris), kami memiliki enam pasukan yang sedang merebut empat pasukan teratas.
"Saya katakan kepada pemain saya, kejohanan ini amat menarik, bukan sahaja kerana ia menawarkan slot ke Liga Juara-Juara tetapi ia juga suatu gelaran," tambahnya.
Arsenal akan meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dengan berdepan Newcastle United, 1 April ini.