Arne Slot akan fokus sepenuhnya kepada skuad semasa Liverpool sebelum bergegas membuat sebarang pembelian menjelang musim kendalian pertamanya di Anfield.

Liverpool merupakan satu daripada dua pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang masih belum mengadakan sebarang urusan dalam jendela perpindahan termasuk Fulham.

Kebimbangan mengenai kekurangan aktiviti perpindahan terus berlegar dalam kalangan beberapa penyokong The Reds dalam usaha memperbaiki kedudukan mengakhiri tempat ketiga musim lalu untuk merapatkan jurang dengan Manchester City dan Arsenal.

Bagaimanapun, Slot menjelaskan kekurangan aktiviti perpindahan itu termausk perbincangan berterusannya dengan Pengarah Sukan Liverpool, Richard Hughes, berkata: "Matlamat pertama adalah untuk bekerjasama dengan kumpulan pemain sedia ada.




“Kelab ini mementingkan untuk mengetengahkan pemain muda.

"Standard kami benar-benar tinggi dalam soal membawa masuk muka baru. Sudah tentu, Richard dan saya akan cuba memperbaiki skuad sebaik mungkin."