Skip to main content

Bola Sepak

Arne Slot kagum lihat aksi Ekitike, Ngumoho bantu Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arne.jpg
Pengendali Liverpool, Arne Slot, memuji persembahan yang dipamerkan Hugo Ekitike dan pemain muda iaitu Rio Ngumoha ketika perlawanan pramusim pasukannya menentang Athletic Bilbao.

The Reds berdepan dua aksi menentang kelab dari Sepanyol itu dan memenangi perlawanan pertama 4-1 sebelum kemenangan 3-2 menyusuli dalam aksi kedua.

Ngumoho berusia 16 tahun menjaringkan gol solo sebelum memberikan bantuan jaringan  buat Darwin Nunez selepas itu.



 

"Dalam kedua-dua perlawanan kami mencipta banyak peluang. Kami menjaringkan tujuh gol dan itu sangat mengembirakan untuk disaksikan.

"Kami telah menambah Hugo yang akan menjadi pemain kami, Rio pula menunjukkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan pramusim." katanya.

Liverpool akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Bournemouth pada 16 Ogos depan.

 

Advertisement

Must Watch Video