Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Arif tekad balas jasa T-Team

100317-pertahanan-t-team-mohd-arif-fazilah-abu-bakar.jpg
Pemain pertahanan T-Team, Mohd Arif Fazilah Abu Bakar, tidak rela mengecewakan kelab Terengganu itu yang banyak membantunya dalam memulakan karier selaku pemain pasukan kebangsaan. 

Bagi Arif, itu satu-satunya peluang terbaik untuk dia memastikan kejayaan T-Team, bukan hanya membabitkan pertemuan dengan Terengganu dalam kempen Piala FA, malah keseluruhan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. 

Pun begitu, menjelang pertemuan dengan Terenggu esok, dia sudah mengorak langkah untuk memastikan kemenangan memihak kepada T-Team. 

Walaupun masih muda, itu tidak menghalang Arif yang berkobar-kobar mahu menyekat setiap asakan Sang Penyu yang dibarisi pemain lebih senior jika dibandingkan dengan T-Team. 

"Pasukan T-Team semakin serasi kerana kebanyakan pemain-pemain  tahun lalu dikekalkan," katanya. 

Arif yang menjadi sebahagian daripada tonggak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di bawah kendalian Frank Bernhardt juga teruja untuk memastikan namanya terus berada dalam pilihan skuad B-22 negara itu. 

"Dipanggil memperkuatkan B-22 adalah salah satu pengalaman untuk saya membantu pasukan T-Team."

Advertisement

Must Watch Video