Argentina terlalu bergantung kepada Lionel Messi dan mesti meningkatkan kualiti pemain di sekeliling bintang Barcelona itu, kata bekas pengendali Real Madrid, Jorge Valdano.
Messi mewakili pasukan negaranya buat kali pertama sejak Piala Dunia tahun lalu apabila mengetuai Argentina berdepan Venezuela di Madrid minggu lalu, namun mereka tewas 3-1.
Kapten itu tidak akan turun beraksi dalam aksi persahabatan menentang Maghribi awal pagi esok sebagai melengkapkan kesukarannya di peringkat antarabangsa.
Messi sering dikritik kerana gagal membawa prestasi cemerlang di Barca bersama Argentina memandangkan gergasi Amerika Selatan itu sering tewas dalam final kejohanan besar, namun Valdano yang menjulang Piala Dunia 1986 bersama Diego Maradona berasa penggempur itu dipersalahkan secara melampau.
"Apa yang Argentina perlu tingkatkan adalah pemain di sekeliling Messi, bukan Messi," ujar Valdano.
"Mereka mengharapkan Messi untuk melakukan segala apa yang dilakukan seluruh pasukan lain secara bersendirian.
"Melepaskan tanggungjawab kepada pemain terbaik untuk menyelesaikan segalanya bukan satu jalan tepat," katanya lagi.