Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Anugerah FIFA: Lewandowski, Messi, Salah diumum finalis Anugerah Pemain Lelaki Terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lionel-messi.png
Robert Lewandowski, Lionel Messi dan Mohamed Salah diumumkan sebagai tiga finalis yang akan merebut Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2021.

Tiga penyerang itu disenarai pendek daripada senarai asal yang turut mengandungi mana Cristiano Ronaldo, Kylian Mbappe, Neymar, Erling Haaland, Kevin De Bruyne, Karim Benzema, Jorginho dan N'Golo Kante.

Lewandowski, Messi dan Salah merupakan tiga pemain terbaik yang diundi orang awam sebelum tarikh akhir pada 10 Disember lalu. Jennifer Hermoso, Sam Kerr dan Alexia Putellas pula merupakan finalis yang terpilih bagi kategori wanita.

Tiga finalis bagi Anugerah Jurulatih terbaik lelaki pula ialah Pep Guardiola, Roberto Mancini dan Thomas Tuchel manakala bagi kategori wanita pula akan menyaksikan pertembungan Lluis Cortes, Emma Hayes dan Sarina Wiegman.

Anugerah kategori pemain kini akan ditentukan juri antarabangsa yang terdiri daripada jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan, wartawan sukan terpilih dan penyokong yang mendaftar di laman web rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pemenang kesemua anugerah it akan diumumkan pada 17 Januari ini.
 
 

Advertisement

Must Watch Video