Didier Deschamps memenangi Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas memimpin Perancis meraih kejayaan Piala Dunia di Russia.
Deschamps disenaraipendekkan yang menyaksikannya berdepan saingan bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, dan jurulatih finalis Piala Dunia Croatia, Zlatko Dalic.
Deschamps dikritik hebat menjelang temasya Rusia 2018 ekoran taktik negatifnya tetapi selepas mengharungi peringkat kumpulan yang lembab, beliau membimbing pasukannya untuk membenam Argentina, Uruguay dan Belgium di peringkat kalah mati sebelum menewaskan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir dramatik.
Beliau mewarisi anugerah itu daripada pemenang 2017, Zidane, yang meninggalkan Madrid selepas membimbing Los Galacticos menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut pada Mei lalu.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Zinedine Zidane dan jurulatih Croatia yang sepatutnya boleh memenangi anugerah ini," kata Deschamps.
"Saya ingin berterima kasih kepada presiden Persekutuan Perancis (Noel Le Graet) yang memberi kepercayaan kepada saya dan membantu saya bekerja dengan baik.
"Kita semua tahu bahawa sebagai seorang jurulatih sahaja, kita tidak boleh berbuat apa-apa tanpa pemain.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan, mereka telah bekerja keras untuk saya berdiri di sini pada malam ini. Saya ingin berterima kasih kepada seluruh kakitangan saya."