WEST HAM 1 TOTTENHAM 1
Antonio Conte berkata bola sepak Inggeris perlu belajar menggunakan video bantuan pengadil (VAR) dengan cara yang betul selepas sepakan penalti Tottenham dibatalkan ketika seri 1-1 dengan West Ham, awal pagi tadi.
Pengadil perlawanan, Peter Bankes, pada awalnya menghadiahkan Tottenham sepakan penalti di Stadium London selepas tandukan Harry Kane terkena lengan Aaron Cresswell.
Bagaimanapun, selepas pemeriksaan VAR selama empat minit, Bankes yang meneliti insiden itu di monitor tepi padang memutuskan bola itu secara tidak sengaja mengenai lengan Cresswell.
Conte berang dengan keputusan itu walaupun pasukannya masih mampu membuka jaringan sebelum separuh masa pertama berakhir apabila Thilo Kehrer tertampan percubaan Harry Kane ke gawangnya sendiri.
Spurs berada di landasan tepat untuk mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi melakar rekod baru kelab sebelum hampa West Ham menyamakan kedudukan.
Rembatan Michail Antonio singgah di depan Tomas Soucek untuk gol penyamaan tuan rumah yang kelihatan lebih cenderung untuk memenangi perlawanan dalam baki 35 minit.
Buat kali ketiga, Tottenham belum tewas selepas lima perlawanan EPL tetapi Conte tetap tidak berpuas hati apabila dia menyindir pegawai perlawanan sejurus perlawanan berakhir.

"Sejujurnya, di penghujung separuh masa pertama, saya ada bercakap dengan pengadil dan memberitahunya 'anda telah mengambil keputusan yang betul'," kata Conte kepada BT Sport.
"Sungguh luar biasa VAR perlu dirujuk. Pengadil sepatutnya dapat melihat ia adalah satu keputusan yang tepat dan penglibatan VAR dalam kejadian ini adalah pelik.
"Saya hanya boleh memberitahu bahawa pengadil telah membuat keputusan yang betul. Biasanya VAR akan dirujuk apabila ada insiden yang meragukan.
"Di England mereka perlu belajar menggunakan VAR dengan cara yang betul. Anda perlu belajar dengan baik dan lebih tepat.
"Jika ada VAR, anda perlu menggunakannya dengan cara yang betul atau akur dengan keputusan pengadil. Jika anda menontonya di televisyen maka anda akan mempunyai masa untuk melihat.
"Ia sukar bukan sahaja untuk saya malah setiap jurulatih."