Skip to main content

Bola Sepak

Antonio Conte gembira Tottenham berani melabur tapi enggan terbawa-bawa

conte.jpg
Antonio Conte berkata Tottenham telah membuat pelaburan tepat di celah-celah jendela perpindahan yang produktif tetapi dalam masa sama memohon kesabaran dalam usaha bersaing dengan kelab besar Liga Perdana Inggeris (EPL).

Spurs telah membawa masuk enam pemain baru untuk musim 2022-23 dengan menandatangani Yves Bissouma, Ivan Perisic, Richarlison, Fraser Forster, Djed Spence dan meminjam Clement Lenglet.

Richarlison mewakili pembelian utama buat barisan Conte itu selepas dipancing daripada Everton yang boleh mencecah rekod pembelian kelab, £60 juta (RM319.9j).

Hasrat Conte nampaknya telah dikabulkan selepas menuntut jaminan daripada pengerusi, Daniel Levy, bahawa Tottenham akan berbelanja untuk mengukuhkan skuad bagi mengimbangi kempen Liga Juara-Juara dan EPL. 

 

Walaupun pengurus Itali itu sebelum ini seolah-olah memberi bayangan bahawa segala keputusan tertakluk kepada kelab berbanding keputusannya sendiri, Conte tetap memuji pendekatan Spurs.

"Apabila anda memasuki pasaran pemain, anda akan cuba untuk tidak membazir wang tetapi setakat ini, saya fikir kami melabur dengan tepat," katanya.

"Orang ramai terkejut dengan tempoh pembelian singkat kami tetapi dengan adanya visi yang jelas, saya berasa yakin. 

"Fabio Paratici (pengarah urusan Tottenham) banyak membantu dalam soal ini."


 

Advertisement

Must Watch Video