Skip to main content

Bola Sepak

Anda boleh jadi penyokong JDT tanpa perlu jadi orang Johor -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj-2.jpg
Biarpun apa pun yang diperkatakan, Johor Darul Ta'zim (JDT) telah membuktikan resepi kejayaan mereka menerusi garapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam penutup satu hantaran di Instagram menerusi akaun hrhcrownprinceofjohor, awal pagi tadi, Tunku Ismail persis melaungkan sentimen 'Luaskan Kuasamu' dengan mengamalkan dasar buka pintu dan mengalu-alukan penyokong bukan berasal dari negeri itu untuk berkongsi kejayaan. 

"Anda boleh jadi penyokong JDT tanpa perlu jadi orang Johor."

Juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu telah menjadi pelopor kancah profesional di negara ini hasil sentuhan baginda selaku pemilik kelab itu. 




Pembaharuan yang dibawa Tunku Ismail telah dibuktikan kejayaan bukan sahaja di dalam dan di luar padang, malah dalam Liga Malaysia (Liga-M). 

Masih ingatkah pada suatu ketika, bangku simpanan pemain juga pernah menjadi fenomena sebaik JDT bertindak memilih jenama tertentu?

Dan baru-baru ini, Tunku Ismail mencemar duli dengan meninjau perkembangan proses naik taraf kemudahan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjelang musim baru pada minggu depan. 


 

Advertisement

Must Watch Video