Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti mahu Real ulang aksi cemerlang benam Sociedad ketika berdepan PSG

carlo-ancelotti_13q1t2i5dj8nf15jkvi5pci8n8.jpg
Carlo Ancelotti berasakan Real Madrid akan mempunyai peluang besar untuk menewaskan Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara (UCL) jika mereka mengekalkan standard yang mereka tetapkan ketika membelasah Real Sociedad.

Los Blancos bangkit daripada ketinggalan untuk membelasah pasukan tangga keenam La Real 4-1 di Santiago Bernabeu semalam dan mendahului lapan mata ke atas Sevilla di puncak LaLiga.

Mikel Oyarzabal memberikan gol pendahuluan awal kepada La Real menerusi sepakan penalti selepas Dani Carvajal menjatuhkan David Silva, tetapi rembatan jarak jauh yang hebat daripada Eduardo Camavinga dan Luka Modric memberikan Madrid kelebihan pada separuh masa.

Karim Benzema menjaringkan gol LaLiga ke-20nya musim ini daripada sepakan penalti selepas dua gol dibatalkan kerana ofsaid dan Marco Asensio menambah gol keempat 11 minit sebelum tamat perlawanan.

Real kini mengalihkan perhatian mereka untuk membalikkan defisit 1-0 apabila berdepan PSG dalam perlawanan kedua pusingan 16 Rabu ini.

Skuad Ancelotti akan mempunyai kelebihan di tempat sendiri dan pengendali dari Itali itu mahu melihat tempo yang sama daripada pasukannya apabila mereka menentang pendahulu Ligue 1, yang akan beraksi selepas tewas 1-0 kepada Nice.

Dia berkata: "Kami bermain dengan sangat baik dari awal. Rancangannya adalah untuk memberikan tekanan, menghentikan serangan Real Sociedad. Ia berjaya.

"Usaha fizikal sangat besar, kami melakukannya dengan baik. Jika kami bermain seperti ini pada hari Rabu, kami mempunyai peluang yang lebih besar untuk layak ke peringkat berikutnya."
   

Advertisement

Must Watch Video