Bekas penolong jurulatih kebangsaan, Aminuddin Hussin, lega selepas perbincangan dengan Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Peter De Roo, berhubung tugasan barunya selepas ini.
Tanpa sebarang notis, keputusan mengejut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuatkan pengendali ini terpaksa menjalani kehidupan tanpa sebarang kerja sejak bulan lalu.
Dengan perkembangan terbaru itu, Aminudin kini mampu menarik nafas lega selepas menerima panggilan daripada pihak pengurusan FAM hari ini untuk menetapkan tarikh perbincangan lanjutan berhubung kedudukannya.
"Pihak FAM telah memaklumkan untuk melakukan perbincangan dengan saya mengenai jawatan baru yang bakal ditawarkan," kata Aminuddin.
Kelibat penegndali itu tidak kelihatan dalam sesi latihan skuad kebangsaan yang dalam persediaan menghadapi Piala Airmarine 20-23 Mac ini.
Apabila ditanya kepada ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, beliau enggan mengulas panjang berkenaan situasi itu.
"Saya tidak memiliki sebarang ulasan mengenai hal ini kerana tugas saya adalah membuat persiapan pasukan menghadapi kejohanan yang bakal dihadapi," kata Cheng Hoe.