Juventus menghampiri bahagian paling penting musim ini dan perlu bertenang kerana mereka cuba memenuhi impian untuk memenangi gelaran Serie A keenam berturut-turut dan Liga Juara-Juara Eropah, menurut Dani Alves.
Juve memerlukan sepakan penalti pada minit ke-97 daripada Paulo Dybala untuk menewaskan AC Milan 2-1, Jumaat lalu.
Keputusan itu meletakkan skuad Massimiliano Allegri berkelebihan 11 mata di tangga teratas liga menjelang lawatan Roma ke Palermo, awal pagi nanti.
Alves -- yang menewaskan Juve dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2014-15 semasa di Barcelona -- yakin Bianconeri mempunyai apa yang diperlukan untuk mendapatkan satu kejayaan lebih baik musim ini.
"Kami dalam prestasi yang baik, kedua-dua fizikal dan psikologi," katanya kepada JTV.
"Sekarang kami masuk ke bahagian yang paling penting musim ini. Pemain hebat bekerja sepanjang tahun untuk bersedia bagi detik-detik ... untuk memenangi pertandingan. Bersama-sama, kami boleh mempunyai final hebat untuk kempen ini.
"Saya menjangkakan skuad Juve menjadi lebih kuat apabila saya tiba, kerana pasukan yang menang lima kejuaraan Scudetto (juara Serie A) berturut-turut dan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sudah kuat.
"Saya datang ke kelab yang mahu memenangi segala-galanya dan ia membakar semangat saya, ia membuatkan saya dan rakan sepasukan sedar setiap hari yang kami boleh mengukir sejarah.
"Perlahan-lahan kami akan mencapai matlamat kami: Scudetto keenam berturut-turut dan sejarah Serie A."
Juve akan beraksi di laman sendiri menentang Porto dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara, Selasa ini, dengan mendahului 2-0 daripada pertemuan pertama di Portugal, bulan lalu.
"Saya sedar betapa pentingnya Liga Juara-Juara untuk Bianconeri dan sejarah kelab ini," kata Alves.
"Saya juga, seperti semua rakan-rakan, mahu bermimpi dan yakin kami boleh melakukannya jika bertenang dan tidak takut membuat kesilapan ... maka kami boleh melepasi sepanjang laluan."