Skip to main content

Bola Sepak

Alves pilih berbelanja besar untuk Mbappe berbanding Haaland

kylian-mbappe-and-erling-haaland-could-team-up-at-real-madrid_10zb01ipy7p661f5dvqey9j0i3.jpg
Kylian Mbappe merupakan pemain yang lebih lengkap berbanding Erling Haaland, menurut pertahanan Barcelona, Dani Alves.

Dua antara pemain yang paling dikehendaki dunia ketika ini, kedua-dua telah telah kuat dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada pasukan masing-masing.

Penyerang Paris Saint-Germain, Mbappe, yang dikhabarkan bakal menyertai Real Madrid penghujung musi m ini, telah menjaringkan 28 gol dan melakukan 17 assist dalam 38 penampilan dalam semua pertandingan musim ini.

Sementara itu, di sebalik terpalit dengan kecederaan, Haaland terlibat dalam 29 jaringan (menjaringkan 23 kali dan enam assist) buat Borussia Dortmund bagi musim 2021-22.

Barcelona antara kelab yang dikhabarkan berminat dengan kedua-dua penyerang itu, dengan Manchester City dan Real Madrid turut dijangka melakukan usaha mendapatkan mereka.

Tetapi jika Blaugrana bakal berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat salah seorang daripada mereka, Alves percaya Mbappe harus dijadikan keutamaan.

Bercakap kepada Sport, pertahanan veteran itu berkata, "Mbappe merupakan pemain yang lebih sempurna berbanding Haaland dalam semua aspek.

"Saya tidak melakukan sesuatu yang tidak masuk akal untuk Haaland. Sejujurnya, saya tidak akan berbelanja besar untuk mendapatkan khidmatnya.

"Namun saya akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan Mbappe, bukan Haaland.

"Jika anda mahu melakukan pelaburan yang besar, anda harus melakukan dengan jalan terbaik, jika ia bergantung kepada saya, saya akan meletakkan harapan tinggi kepada Mbappe."

Advertisement

Must Watch Video