Dani Alves berasakan Neymar telah disalahertikan di Paris Saint-Germain (PSG) dan percaya bintang Brazil itu memerlukan layanan yang sama seperti yang diterima ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi.
Neymar telah memenangi Ligue 1, Coupe de France, Coupe de la Ligue dan Trophee des Champions sejak perpindahan rekod dunia bernilai €222 juta (RM1b) daripada Barcelona, dua tahun lalu.
Penyerang berusia 27 tahun itu menjaringkan 28 gol dalam kesemua pertandingan dalam musim pertamanya sementara dia mengumpul 20 gol sebelum dilanda kecederaan kaki, Januari lalu.
Neymar telah dikaitkan akan kembali ke LaLiga, sama ada ke Barca atau Real Madrid. Sehubungan itu, rakan sepasukannya di PSG, Alves, berkata kapten Brazil itu harus mendapat layanan seperti pemenang lima kali Ballon d'Or, Messi.
"Di sini, semua orang masih belum memahami Neymar," kata Alves kepada RMC Sport. "Apabila bola berada di kaki pemain seperti ini, dia ibarat membangkitkan aroma 'truffle' (bahan makanan).
"Apa yang berlaku terhadapnya mirip Messi. Akan ada pemain yang lain yang sentiasa menyokong Messi, tetapi di sini, kita tidak memahami bahawa Neymar akan selalu menerima bola dan memerlukan bola.
"Dia boleh menawarkan anda apa yang tidak anda miliki, saya harus memberikan dia bola dan dia tahu apa yang dimahukannya.
"Bayangkan, saya bayar masuk ke stadium untuk melihat persembahan (seperti itu). Orang perlu faham, apakah yang mereka mahu tonton?
"Jika Messi kehilangan bola, kami akan berlari untuk merebutnya semula dan memberikannya kembali kepada Messi untuk berbuat sesuatu.
"Orang tidak berubah, mereka menjadi lebih baik, mereka mengambil sepakan, mereka perlu bijak tetapi mereka tidak boleh mengubah pendekatan permainan mereka kerana jika tidak, orang akan tertidur."
Sementara itu, pertahanan veteran itu berpesan kepada pendahulu Ligue 1 itu agar mengambil kira nasihatnya dalam PSG mengejar kejuaraan Liga Juara-Juara (UCL).
PSG terkandas dalam pusingan 16 buat tahun ketiga berturut-turut dan kali ini, disingkirkan Manchester United selepas mereka tunduk 1-3 di Paris setelah menang 2-0 di Old Trafford.
Alves, yang telah memenangi 34 gelaran kelab sejak berhijrah ke Eropah pada 2002, termasuk tiga gelaran UCL dan enam gelaran LaLiga, berkata: "Saya tahu bagaimana untuk menang.
"Apabila saya menyentuh tentang sesuatu perkara itu, ini kerana saya ingin diikuti dan bukannya disebabkan saya berasakan saya lebih baik daripada pemain lain, sebaliknya saya pernah berada di tempat itu.
"Apabila seseorang pernah meraih kejayaan seperti itu, mungkin ada baiknya untuk mendengar nasihatnya.
"Ia bergantung kepada pengalaman. Mungkin ia akan berhasil atau tidak.
"Saya lebih suka apabila saya mengatakan sesuatu, orang akan memberikan lebih perhatian."
Alves, 35, turut menyifatkan pelantikan Thomas Tuchel sebagai "perpindahan terbaik yang dilakukan oleh kelab Paris itu" sejak ketibaannya.