Skip to main content

Bola Sepak

Allegri waspada kelibat Icardi

mauroicardi-cropped_18h2164t2htd015psztr3nl33q.jpg
Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri, memuji penyerang Inter Milan, Mauro Icardi, tatkala The Old Lady bakal melayan kunjungan Nerazzurri bagi aksi 'Derby d'Italia', awal pagi esok.

Icardi dinamakan selaku Pemain Terbaik Tahunan Serie A minggu ini tatkala Allegri membawa pulang anugerah bagi jurulatih.

Inter kini di kedudukan ketiga liga, ketinggalan 11 mata di belakang Juve selaku pendahulu selepas 14 perlawanan dan ketajaman penggempur Argentina itu ditagih bagi menghidupkan peluang Nerazzurri meraih kejuaraan.

Aksi awal pagi esok bakal menyaksikan pertembungan dua peledak utama tatkala Cristiano Ronaldo kini berusaha mendapatkan gol ke-11 dalam 18 perlawanan bagi semua kejohanan buat Juve sambil Icardi berkongsi jumlah jarinagan tetapi kekurangan dua perlawanan.

"Kekuatan utama Inter adalah mereka sering bermain dengan bola," kata Allegri.

"Kemudian, mereka mempunyai Icardi, seorang penyerang tajam di depan gawang.

"Walaupun mereka ketinggalan jauh, kami harus tampil dengan baik," ujarnya.

Dalam masa sama, Allegri turut memuji rakan sejawatannya di Inter, Luciano Spalletti, selepas bekas pengendali Zenit yang memasuki tahun kedua di San Siro itu membawa pasukannya kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

"Inter terus berkembang dengan jurulatih yang bagus serta beberapa pemain penting seperti Icardi, Ivan Perisic atau Matteo Politano," tambah Allegri.

"Tahniah buat Spalletti di atas apa yang dilakukan selepas melakukan tugas dengan baik ketika di Rome (bersama AS Roma) dan Russia."
 

Advertisement

Must Watch Video