Cristiano Ronaldo boleh menghidupkan peluang tipis Juventus dalam Liga Juara-Juara (UCL) dan menjadi "kelebihan besar" buat Juventus dalam aksi penentuan pusingan 16 menentang Atletico Madrid, kata Massimiliano Allegri.
Juve menandatangani Ronaldo daripada Real Madrid dengan tujuan untuk meningkatkan harapan mereka menjulang kejayaan Eropah, namun pemain berusia 34 tahun itu masih belum mencapai kemampuan sebenarnya.
Tendangan volinya ketika menentang bekas kelab, Manchester United, di peringkat kumpulan merupakan jaringan tunggalnya dalam UCL musim ini dan harapannya untuk menjulang trofi buat musim keempat berturut-turut akan musnah sekiranya juara Serie A itu gagal memadamkan defisit 0-2, awal pagi esok.
Atletico menjadi pilihan utama untuk mengekalkan kelebihan menjelang pertemuan timbal balik di Turin itu tetapi Ronaldo, yang juga penjaring terbanyak UCL, mahu menggalas peranan penting untuk menentukan pasukan mana yang layak ke peringkat suku akhir.
Pengurus Bianconeri, Allegri, yakin bahawa kesemua faktor tersebut akan menghangatkan pertembungan itu.
"Memandangkan ini perlawanan penting, dia akan tingkatkan prestasi dalam perrlawanan seperti ini," kata Allegri kepada pemberita.
"Meskipun hanya menyumbat satu gol tetapi oleh kerana dilayangkan kad merah ketika bertemu Valencia, maka dia hanya tampil dalam lima perlawanan.
"Dia telah menjaringkan begitu banyak gol UCL sepanjang kariernya dan apabila dia bersama kami, ia merupakan satu kelebihan.
"Setiap orang perlu memberikan sumbangan lebih bermakna esok. Mereka perlu memberikan aksi 100 peratus, iaitu melakukan apa yang mereka lakukan dengan lebih baik."
Barisan Allegri memiliki peluang menarik dalam pertemuan pertama di Wanda Metropolitano sebelum tunduk kepada gol lewat daripada pertahanan Atletico, Jose Gimenez dan Diego Godin.
Jaringan Alvaro Morata dibatalkan menerusi video bantuan pengadil (VAR) selepas dimasukkan sebagai pemain gantian dan penyerang itu akan kembali berhadapan bekas majikannya itu dengan reputasi tiga gol dalam tiga penampilan terakhir LaLiga.
Ketua pasukan Juve, Giorgio Chiellini, mendedahkan dia dan rakan sepasukannya kecewa melihat penyerang itu meninggalkan Stadium Allianz untuk kembali ke Real Madrid pada 2016.
"Morata merupakan seorang pemain yang hebat," kata Chiellini menjelang penampilan ke-500nya untuk kelab Itali itu.
"Kami berharap dia akan kekal di sini. Kami perlu berhati-hati dengannya, begitu juga pemain lain (Antoine Griezmann) dan Atletico."
Tuan rumah akan turun tanpa Douglas Costa selepas pemain dari Brazil itu terpaksa disisihkan akibat masalah otot.