ATALANTA 3 JUVENTUS 0
Massimiliano Allegri akur diarah meninggalkan padang ketika Juventus terkandas dalam suku akhir Coppa Italia kepada Atalanta sambil menyatakan tindakannya didorong oleh kedudukan perlawanan yang seimbang ketika itu.
Bianconeri mengalami kekalahan pertama dalam kancah domestik awal pagi tadi, dengan kekalahan 0-3 itu meranapkan harapan skuad kendalian Allegri itu untuk meraih kejuaraan berganda, Serie A dan Coppa, buat kali kelima berturut-turut apabila menjadi mangsa kepada Atalanta yang memperagakan aksi menarik di Eropah di bawah asuhan Gian Piero Gasperini.
Timothy Castagne membuka tirai jaringan untuk Atalanta sebelum Duvan Zapata melebarkan kedudukan kepada 2-0 enam minit sebelum babak pertama berakhir dan jaringan itu mengakibatkan Allegri diarah meninggalkan bangku simpanan ekoran pertelagahannya dengan pengadil keempat.
Zapata memuktamadkan kemenangan menerusi sentuhan pemusnah keduanya yang juga jaringan ke-20 musim ini apabila memanfaatkan peluang dalam situasi kelam-kabut di depan gawang.
Allegri mengakui persembahan itu dipengaruhi oleh perlawanan terakhir ketika mereka menundukkan Lazio melalui penalti Cristiano Ronaldo hujung minggu lalu.
"Ia adalah tindakan yang tepat untuk saya dibuang padang kerana ketika itu saya hilang kesabaran," kata Allegri kepada Rai Sport.
"Kedudukan perlawanan ketika itu masih lagi seimbang. Beberapa pemain kami baru kembali daripada kecederaan sementara ada yang masih menjalani rawatan. Anda boleh bangkit dalam satu atau dua perlawanan biarpun dalam situasi negatif tetapi lambat-laun anda akan tewas jua.
"Tiada apa-apa yang dramatik untuk diulas kerana kami tidak beraksi baik hari ini. Atalanta sememangnya berhak kerana lebih bersemangat.
"Penyingkiran ini sesuatu yang amat memeritkan tetapi ia sesuatu yang gila untuk menganggap Juventus mampu memenangi setiap perlawanan musim ini. Kami melepaskan gol malam ini.
"Saya tidak melihatnya sebagai situasi panik kerana adalah mustahil untuk memenangi setiap perlawanan. Kami mahu memenangi Coppa Italia buat kali kelima berturut-turut, namun Atalanta sangat fizikal dan agresif, jadi tahniah kepada mereka.
"Ini pelajaran yang boleh dikutip oleh kami sebagai sebuah pasukan. Musim lalu, kami bergelut ketika seri dengan Crotone sebelum dilkalahkan Napoli. Anda boleh menyelamatkan satu atau dua perlawanan tetapi anda tidak boleh terus mengelak kekalahan.
"Kami kehilangan rentak sebenar. Ia boleh berlaku selepas mencatat kejayaan yang panjang. Kami akan menghadapi Parma selepas ini dan mereka benar-benar ampuh ketika melancarkan serangan balas. Mario Mandzukic akan kembali manakala Sami Khedira dan Miralem Pjanic sudah memulakan aksi malam ini."
Gasperini, bagaimanapun, mempunyai pendapat yang berbeza dengan memberitahu Rai Sport: "Sesuatu yang luar biasa berlaku hari ini, peminat kami yang paling optimistik sekalipun tidak dapat meramalkan kemenangan seperti ini.
"Kami sudah beberapa kali bertemu Juve dan hanya mampu memberikan cabaran, jadi adalah sukar untuk mengharapkan kemenangan 3-0. Ia keputusan yang sangat memuaskan, apatah lagi dengan melakukannya ke atas Juventus."
"Saya tidak boleh menuntut apa-apa lagi dan saya tidak hanya bermaksud kepada keputusannya semata-mata, malah atas semangat, gaya bola sepak dan kualiti yang dipamerkan pemain saya.
"Ramai yang menganggap Atalanta sekadar melakukan larian deras dan itu sahaja, sebaliknya masih ada lebih banyak lagi yang boleh kami tawarkan."
Mengenai Zapata, yang telah menyumbat 17 gol dalam 10 perlawanan terakhir, beliau berkata: "Dia merupakan seorang pemain yang hebat dan melakukan perkara yang luar biasa. Jika dia terus seperti ini, dia akan dianggap sebagai penyerang utama di Eropah."