Massimiliano Allegri berharap agar Juventus dapat mengelak daripada bertemu Real Madrid atau Barcelona di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, musim ini.
Skuad Los Blancos itu dan Juve adalah dua daripada empat pasukan yang telah mengesahkan tempat dalam kelompok lapan terbaik sementara Barca bakal melakukan perhitungan dengan Chelsea pada awal pagi Rabu.
Madrid, yang dikendalikan oleh Zinedine Zidane, jelas serius untuk mengejar kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut apabila mengetepikan pasukan yang berbelanja besar dari Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).
Situasi itu membuatkan Allegri berpendapat bahawa mereka adalah pencabar utama yang perlu ditewaskan selepas anak-anak buahnya dikecewakan oleh Los Blancos 4-1 di pentas final edisi sebelum ini di Cardiff.
"Saya berharap agar kami dapat mengelakkan diri daripada diundi bertemu Barca atau Real Madrid," kata Allegri selepas pasukannya menewaskan Udinese di laman sendiri untuk melonjak ke puncak Serie A.
"Bagi saya, Madrid adalah calon utama untuk menjuarai kejohanan.
"Mereka meletakkan fokus penuh terhadap Liga Juara-Juara dan tiada pasukan lain yang melakukan persiapan penuh dan lebih rapi seperti apa yang mereka lakukan," kata Allegri.