Massimiliano Allegri menyeru Juventus supaya meningkatkan ketenangan dan penyudah klinikal mereka sambil mengakui peluang pasukannya mencabar kejuaraan Serie A sudah tertutup.
Juve mendominasi permainan untuk tempoh yang panjang ketika menentang Inter dalam 'Derby d'Italia', minggu lalu, tetapi sepakan penalti Hakan Calhanoglu itu secara praktikalnya memadam sebarang sisa harapan Bianconeri untuk mengintai Scudetto di hujung saingan selepas melakar rekod tanpa kalah yang luar biasa baru-baru ini.
Dengan skuad kendaliannya sudah pun terkandas di peringkat 16 Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Villarreal, harapan mereka untuk merangkul kejuaraan bergantung kepada saingan Coppa Italia, apatah lagi mereka memiliki kelebihan 1-0 hasil pertemuan pertama separuh akhir dengan Fiorentina.
Allegri menekankan kedua-dua aspek itu apabila bertandang ke Cagliari yang kemarau gol dalam lapan perlawanan selain tewas 10 daripada 11 pertemuan terakhir liga dengan Juve.
"Hanya ada satu reaksi. Menampilkan permainan yang bagus. Perlawanan esok akan menjadi sangat berbeza berbanding aksi menentang Inter," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar pra-perlawanan malam tadi.
"Bukan mudah untuk menang di Cagliari dan kami mesti bersedia, mengenal pasti lawan dan detik mereka. Kami perlu memenangi perlawanan ini, ia satu-satunya perkara yang kami mahu fikirkan.
"Sasaran kami adalah untuk menamatkan saingan di empat teratas. Buat masa ini, kami berada di sana tetapi Roma terus menghambat (lima mata di belakang). Itulah sebabnya kami memerlukan prestasi hebat esok (awal pagi esok). Kami tidak boleh mengambil risiko, kami perlu menyesuaikan diri dengan permainan.

"Kami menampilkan rentak terbaik ketika menentang Atalanta, Villarreal dan Inter di laman sendiri tetapi kami tidak cukup klinikal. Kami perlu memperbaiki prestasi dan lebih tenang dalam situasi itu.
“Saya faham kalau ada kesilapan dalam satu atau dua perlawanan tetapi tiga mata adalah angka penting dan itulah sebabnya kami perlu bertambah baik.
"Saya telah menganalisis pertembungan dengan Inter. Saya sentiasa memikirkan apa yang boleh dilakukan oleh pasukan. Kami berhak berada di tempat keempat. Kami perlu berusaha untuk memperbaiki persembahan dan kami boleh memperbaikinya sebelum hujung musim ini.
“Kami mampu mengusahakan pembangunan individu dan kami mempunyai lebih banyak masa kerana kami akan bermain sekali seminggu, kecuali separuh akhir Coppa Italia dengan Fiorentina.
"Saya tidak gemarkan pujian, jika tidak kami akan menjadi sebuah pasukan yang mudah berpuas hati dengan pujian dan mencari alasan. Saya tidak mahukan sebarang alasan atau pujian, saya mahukan kemenangan."