Sam Allardyce memuji gandingan di antara Theo Walcott dan Seamus Coleman yang memainkan peranan penting ketika Everton mencipta kemenangan 2-1 ke atas Leicester City di Goodison Park.
Walcott, yang tampil buat kali kedua buat The Toffees sejak menyertai dari Arsenal awal bulan ini, menjaringkan dua gol untuk memberikan inspirasi kepada kemenangan pertama pasukan dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain berusia 28 tahun itu mencetak gol pembukaan pada minit ke-25 dan kemudian menambah jaringan sebelum tamat separuh masa.
Jamie Vardy mengurangkan defisit jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-71 tetapi mereka gagal untuk menyamakan kedudukan.
Coleman, yang kembali dalam kesebelasan utama pasukan buat kali pertama sejak Mac lalu apabila mengalami kecederaan patah kaki ketika beraksi untuk Ireland Republik, cemerlang beraksi di belakang Walcott.
Dan pengendali pasukan, Allardyce, teruja menyaksikan dua pemain itu beraksi dan yakin gandingan itu mampu mencipta lebih banyak kejayaan pada baki saingan musim ini.
"Gandingan baru yang telah dilahirkan, Walcott dan Coleman, mempamerkan kombinasi yang menakjubkan," katanya.
"Walcott mahu membuktikan kebolehan sebenarnya dan dia telah menjaringkan dua gol buat kami.
"Coleman pula beraksi seperti kami mempunyai pemain baru. Dia adalah contoh sikap profesional dan setiap pemain muda harus mengikut jejak langkahnya," ujarnya.