Dia yang mengalami kecederaan itu selepas diturunkan dalam babak kedua Kejohanan Selangor KUSEL Asia Challenge, menentang DPMM, Jumaat lalu.
Sebelum ini dalam perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, menerusi aplikasi X, ketua kurulatih The Red Giants, Nidzam Jamil mengesahkan kemungkinan besar terpaksa melupakan khidmat tonggak muda itu buat sementara waktu.
"Saya agak risau dengan kecederaan yang dialaminya itu tapi saya harap pasukan perubatan mampu berikan rawatan awal," kongsi Nidzam.
Aliff Izwan merupakan sebahagian daripada pemain muda Selangor yang beraksi Piala Asia (B-23) di Qatar, dua minggu lalu.
? Ketua Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil sahkan beliau kemungkinan besar terpaksa lupakan khidmat tonggak muda, Aliff Izwan Yuslan untuk tempoh 6 minggu susulan kecederaan di bahagian kaki kanan yang dialami penyerang tersebut.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) April 28, 2024
GWS Aliff ??@ASTROARENA pic.twitter.com/SLHJiqUVIH