Aksi penuh drama dipamerkan kedua-dua pasukan seawal minit kedua perlawanan selepas sepakan percuma diberikan kepada skuad kendalian Dare Nibombe susulan kekasaran yang dilakukan pemain Algeria, namun Alexis Guendouz bijak menampan sepakan Thibault Klidje daripada bolos.
Selang beberapa minit kemudian, giliran Algeria pula diberikan sepakan penalti selepas tindakan Amevor Mawouna yang jelas dilihat menolak jatuh Amine Gouiri di dalam kawasan kotak penalti.
المنتخب الوطني يواصل تصدر المجموعة الخامسة ويضمن تأهله لكأس أمم إفريقيا 2025#LesVerts⭐⭐ | #123vivalAlgérie?? pic.twitter.com/oFPMSb52Gm
— Équipe d'Algérie de football (@LesVerts) October 14, 2024
Tugas menyempurnakan peluang itu digalas Ramy Bensebaini dengan sepakannya menuju tepat ke sebelah kanan gawang gol Togo untuk meletakkan skuadnya berada di hadapan mendahului dengan 1 jaringan.
Bagaimanapun, aksi di babak kedua sedikit hambar tanpa jaringan daripada kedua pasukan dan ia sekaligus menyaksikan kedudukan kekal 1-0 hingga wisel penamat dibunyikan.
Algeria kini menghuni kedudukan pertama dalam kumpulan G sambil diekori rapat dengan Mozambique yang menyamai jumlah mata, dan kemenangan namun hanya perbezaan jaringan yang dilihat menjadi pemisah antara kedua pasukan tersebut.