Pemain pertahanan Sepanyol, Jordi Alba, menegaskan bahawa dia tidak dapat memahami kritikan terhadap bintang Argentina dan rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi, dalam Piala Dunia.
Messi menjadi sasaran kritikan di Russia apabila Argentina berada dalam bahaya penyingkiran selepas diikat Iceland 1-1 dan tewas 3-0 kepada Croatia.
Penyerang bintang itu belum lagi menyumbang gol atau membuat bantuan jaringan dalam penampilannya kali ini dan skuad Jorge Sampaoli itu memerlukan kemenangan ke atas Nigeria, Rabu ini, bagi membuka peluang mara ke pusingan 16.
Tetapi Alba mempertahankan Messi yang masih mencari trofi senior pertamanya bersama Argentina.
"Saya tidak dapat bayangkan dia dikritik dan saya tidak faham sama-sekali," katanya kepada Marca.
"Argentina amat baik dengannya berbanding tanpanya. Mereka patut bangga kerana Messi dalam pasukan kebangsaan mereka.
"Dia adalah pemain unik yang malangnya tidak memenangi tiga final ketika dia bersama Argentina dan ia tidak mudah.
"Kamu perlu kagum dengan apa yang telah dilakukan untuk pasukan kebangsaannya," katanya lagi.
Argentina kini berada di tangga terbawah Kumpulan D dengan mengumpul satu mata tetapi berharap dapat mengatasi Nigeria (tiga mata) dan Iceland (satu mata).