TERENGGANU 1 PERAK 1
Jaringan penalti Lee Tuck pada minit terakhir memastikan Terengganu FC (TFC) meraih satu mata untuk seri 1-1 dengan Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.
Skuad The Bos Gaurus terlebih dahulu mengatur gerak pada awal permainan menerusi Gilmar Da Silva yang melakukan sepakan liar dari jarak jauh pada minit ke-12.
Pintu gol TFC terselamat apabila perangkap ofsaid dilakukan gagal memerangkap Gilmar (m-16), mujur Mohd Suffian Rahman menepis rembatan kencang di dalam kotak penalti itu.
TFC kembali menyaingi asakan Perak dengan Kipre Tchetche melalukan sepakan leret pada minit ke-23, disusuli percubaan menarik pada minit ke-45, namun gagal menembusi sasaran.
Dua minit selepas rehat, TFC hampir berada di depan, malangnya tandukan Nasrullah Haniff Johan sekadar tinggi ketika Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy sudah pun tertewas.
Hasrat Perak memecahkan kebuntuan juga gagal dengan percubaan leret Gilmar pada minit ke-51 dinafikan Mohd Suffian sebelum kedudukan berubah pada minit ke-71.
Larian deras Mohd Shahrul Saad dari sebelah kiri berjaya mengatasi pertahanan lawan dan membuat umpanan untuk disudahkan Wander Luiz yang tidak dikawal pemain TFC.
Ketinggalan satu gol, TFC gagal menewaskan Hafizul Hakim yang menafikan tandukan jarak dekat Nasrullah Haniff (m-76) serta sepakan percuma Tuck seminit kemudian.
Ketika Perak berkira-kira untuk mencatat kemenangan pertama, Tuck menyamakan kedudukan 1-1 selepas pemain England itu dijatuhkan dalam kotak penalti.
Sementara itu, dalam satu aksi Liga Super malam ini, Selangor gagal menyekat aksi garang Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila rebah 2-4 di Stadium Shah Alam.
Sesudah ketinggalan dua jaringan biarpun permainan baru mencecah minit ke-15 ekoran dihukum penyudah Leandro Velazquez dan Diogo, Endrick dos Santos kembali merapatkan jurang buat Selangor untuk kedudukan 2-1.
Tetapi jaringan Gonzalo Cabrera untuk JDT serta pemain import Gergasi Merah, Rufino Segovia, pada penghujung babak kedua kembali menghangatkan aksi.
Namun, hasrat Selangor untuk mencari jaringan penyamaan dalam baki 45 minit tersentak berikutan kesilapan pertahanan yang membenarkan Leandro mencetak gol kedua peribadinya, seterusnya mengukuhkan kedudukan 4-1 pelawat sehingga tiupan wisel penamat.
Keputusan Liga Perdana:
PULAU PINANG 1 UiTM FC 2
Kredit foto: Terengganu FC (TFC)