Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Aksi Liga Juara-Juara punca Juve tewas -- Allegri

massimiliano-allegri.jpg
Massimiliano Allegri berasakan kemenangan dramatik Juventus ke atas Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu menjadi punca mereka tewas buat kali pertama dalam Serie A, malam tadi.

Pendahulu liga itu beraksi di bawah tahap sebenar ketika mereka tewas 0-2 kepada Genoa di Stadium Luigi Ferreris dan dihukum pada 20 minit terakhir perlawanan selepas bekas pemain Juve, Stefano Sturaro, dan Goran Pandev bertindak selaku penjaring.

Cristiano Ronaldo direhatkan selepas menjadi wira ketika mereka menewaskan Atletico dan Juve kelihatan kurang "menyengat" di bahagian serangan dengan aksi yang longlai itu.

Allegri beranggapan usaha keras yang dilakukan mereka untuk menterbalikkan defisit 2-0 ke atas wakil Sepanyol itu menjadi punca mereka tewas.

"Tidak dapat dinafikan, usaha keras yang kami lakukan untuk menewaskan Atletico Madrid, Selasa lalu, memberikan kesan buat kami.

"Kami mengambil risiko dalam babak pertama, namun beraksi lebih baik dalam babak kedua.

"Selepas kami mula menguasai permainan, di situlah kami dibolosi dan perlawanan berubah.

"Saya mengharapkan Juventus yang berbeza. Kami tidak beraksi baik dan melakukan beberapa kesilapan.

"Kami tidak boleh beraksi dalam setiap perlawanan dengan kemampuan terbaik," katanya.

Kelebihan Juve kini berkurangan kepada 15 mata selepas Napoli menewaskan Udinese 4-2 di San Paolo dan Allegri percaya kekalahan mereka itu akan memberikan kesedaran buat pasukannya untuk beraksi lebih baik dalam memastikan kejayaan musim ini.

"Saya berasakan kekalahan ini akan memberikan kesedaran kepada kami.

"Kami menyangkakan kami telah memenangi Scudetto, namun ia masih belum pasti.

"Kami memerlukan lima lagi kemenangan sambil mengharapkan Napoli akan keciciran mata.

"Amat mustahil untuk memenangi setiap perlawanan. Itulah yang saya katakan sejak awal lagi, jadi kami perlu melakukan sedikit drama tentangnya.

"Kami telah beraksi dalam 28 perlawanan, memenangi empat daripadanya manakala tiga lagi seri, jadi ia bukanlah terlalu buruk," tambahnya.

Juventus akan berdepan pasukan yang sedang bergelut, Empoli, di Stadium Allianz selepas waktu rehat antarabangsa hujung bulan ini.

Advertisement

Must Watch Video