Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, menjadikan pendekatan tuga bekas tenaga pengajarnya sebagai rujukan untuk membentuk pasukan dakan musim pertamanya sebagai pengendali Penang FC.
Akmal Rizal percaya gabungan pemain muda dan berpengalaman mampu memastikan pasukannya bersaing hebat dalam Liga Malaysia (Liga-M) seperti yang diterapkan bekas jurulatih negara Norizan Bakar, mendiang B. Sathianathan serta bekas pengendali Kedah Darul Aman, Allahyarham Azrai Khor Abdullah.

"Berdasarkan pengalaman di bawah jurulatih yang berbeza, pemain muda memang diperlukan untuk mengimbangi kekuatan pasukan dan memberi kecergasaan secara keseluruhannya.
"Pemain senior juga diperlukan untuk membantu pemain muda tidak gugup di atas padang selain mampu mengimbangi keharmonian pasukan.
"Gabungan pemain senior ini dan tiga import yang akan diumumkan sedikit masa lagi mampu mengimbangi pasukan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Hari ini Penang mengumumkan beberapa lagi muka baru dan antaranya pemain muda, Muhaimin Izudin, yang berhijrah dari Kelantan FC dan tiga pemain senior iaitu Khairu Azrin Khazali, Khairil Anuar Zamri dan Nabil Ahmad Latpi, manakala penjaga gol Harimau Malaya, Sikh Izhan Nazrel Sheikh Azman, turut hadir musim ini.
"Kami membawa masuk pemain muda dari luar, begitu juga tonggak Piala Asia.
"Selepas ini kami akan kongsikan (kerancakkan) maklumat pasukan dalam media sosial," katanya.