Skip to main content

Bola Sepak

Aidil Sharin dikaitkan kemudi skuad kebangsaan Singapura

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil-sharin.jpg
Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, kini sedang hangat dikaitkan untuk mengisi jawatan sama dalam skuad kebangsaan Singapura.

Ini selepas skuad Singa itu melepaskan ikatan dengan ketua jurulatih dari Jepun, Tsutomu Ogura, semalam.

Sebagai rekod, Aidil Sharin mengendalikan Kuching City sejak 2 Ogos 2023, di mana dia kemudian berhasil meningkatkan prestasi pasukan itu sehingga bergelar naib juara MFL Challenge Cup pada 2023

Selain itu, The Cats mempamerkan peningkatan ketara dengan menamatkan saingan Liga Super musim 2024-25 di tangga keempat berbanding di tangga ke-13 pada 2023, sehingga Aidil Sharin diobatkan sebagai penerima Anugerah Jurulatih Terbaik dalam Malam Anugerah Bolasepak Kebangsaan.


 

Advertisement

Must Watch Video