Kedah Darul Aman FC terpaksa berdepan laluan sukar di pusingan suku akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Khamis ini.
Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak, optimis masih boleh meningkatkan prestasi pasukan yang dilihat bermasalah di bahagian tengah.
Skuad Lang Merah bukan hanya berdepan laluan sukar, malah Aidil Sharin perlu mencongak percaturan terbaik tanpa Rabih Ataya dan Anumathan Kumar yang berkhidmat dengan pasukan kebangsaan masing-masing.
"Sejujurnya kami tidak bermain dengan baik, kerap kehilangan penguasaan bola di bahagian tengah sekaligus ia membuka peluang buat Melaka menghukum kami," kata Aidil.
"Saya berharap kami akan bangkit, kekalahan ini menjadi pemangkin untuk kami mempamerkan permainan yang lebih cemerlang dalam aksi berikutnya."