"Sukar untuk diterima."
Itu luahan pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak, selepas pasukannya tewas menerusi gol minit-minit akhir ketika berdepan Pahang di tempat lawan semalam.
Walaupun Pahang dilihat lebih mendominasi perlawanan ketika melayan kunjungan Kedah, dia tetap menganggap anak buahnya sudah memberi aksi terbaik.
Dalam masa sama, Aidil tidak menafikan kekecewaan yang dialami setelah anak buahnya tewas menerusi jaringan tunggal pada saat-saat akhir oleh pemain gantian, Zuhair Aizat Nazri, walaupun berpendapat kemenangan Pahang adalah atas faktor nasib.
"Sukar untuk menerima kekalahan seperti ini. Saya rasa pemain sudah menjalankan tugas dengan baik dan tidak adil buat kami gagal mendapatkan mata setelah mempamerkan permainan terbaik," katanya.
"Ia berlaku dan lawan meraih lebih tuah berbanding kami. Bagaimanapun, kami tidak boleh terus memikirkannya tetapi mula mempersiapkan diri untuk aksi seterusnya. Kami baru melalui enam perlawanan."
Bagaimanapun, Aidil masih mampu menarik nafas lega kerana tiada penggantungan menjelang aksi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas ini walaupun beberapa pemain Kedah banyak menerima layangan kad kuning semalam.