Masalah komunikasi adalah punca utama jurulatih Pulau Pinang, Ahmad Yusof, direhatkan dan ia diakui sendiri Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dr. Amar Pritpal Abdullah, selepas mengambil kira semua aspek yang turut melibatkan pemain dan jurulatih.
Keputusan itu diambil selepas melewati menyuarat selama satu setengah jam bermula jam 2 petang hari ini.
Keharmonian dalam pasukan diutamakan pihak pengurusan dan masalah komunikasi melibatkan keseluruhan pasukan membawa kepada keputusan merehatkan Ahmad.
"Terdapat masalah komunikasi di antara staf kejurulatihan dan pemain-pemain, termasuk barisan teknikal. Perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat dan kami mengambil keputusan untuk merehatkan Ahmad," kata Dr. Amar.
Tidak dinyatakan dengan jelas apa yang membelenggu skuad Pulau Pinang ketika ini, ditambah dengan prestasi terumbang-ambing skuad itu dalam saingan Liga Perdana.
Pihak FAP kini membuka ruang buat mana-mana jurulatih tempatan yang berminat membimbing pasukan itu bagi menggantikan Ahmad.
"Kami akan mendapatkan jurulatih baru minggu hadapan. Mana-mana jurulatih yang berminat boleh menghubungi kami," katanya.