Seorang ahli perniagaan Brazil dikatakan telah meninggalkan aset bernilai GBP846 juta (RM4.9 bilion) kepada Neymar dalam surat wasiatnya, walaupun tidak pernah bertemu atau berhubung dengan bintang bola sepak berusia 33 tahun itu.
Menurut laman berita Brazil RIC, wasiat itu telah digubal di sebuah pejabat di Porto Alegre dan selesai dinotari pada 12 Jun dengan dua saksi.
Kes itu kini menunggu kelulusan daripada mahkamah Brazil sebelum Neymar secara rasmi menjadi pewaris.
Jutawan itu, yang tidak mempunyai anak dan tinggal bersendirian, dilaporkan memutuskan untuk menyerahkan semua asetnya kepada Neymar selepas terharu dengan hubungan kekeluargaan yang kukuh pemain bola sepak itu, khususnya ikatan bapa dan anak, yang mengingatkan lelaki itu tentang hubungannya dengan arwah bapanya.
Neymar tidak memberikan sebarang komen mengenai wasiat itu, dan wakilnya tidak menerima notis rasmi daripada mahkamah, lapor Telegrafi.
Menurut Celebrity Net Worth, nilai bersih semasa Neymar adalah sekitar ASD350 juta (RM1.4 bilion).