Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Aguinaldo tekad beri aksi terbaik

amani-aguinaldo.jpg
Amani Aguinaldo bertekad untuk memberikan persembahan terbaiknya bagi membantu PKNP FC ketika mereka melayani kunjungan Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Manjung,  malam ini.

Selepas gagal menyekat kemenangan 1-0 PKNS FC minggu lalu, Aguinaldo berazam untuk menghalang skuad Tok Gajah itu daripada menghasilkan sebarang jaringan.

Walaupun sedar PKNP FC berdepan tugas berat malam ini, bek tengah dari Filipina itu yakin rakan sepasukannya bersedia untuk menghadapi suasana perlawanan itu.

"Saya difahamkan Pahang merupakan pasukan yang kuat. Mereka belum pernah kalah setakat ini.

"Mereka memiliki jentera serangan berbisa, jadi benteng PKNP FC perlu berada pada tahap terbaik malam ini.

"Ia perlawanan kedua saya bersama PKNP FC, namun berdasarkan persembahan ketika menentang PKNS FC minggu lalu, saya yakin dengan kemampuan kami untuk memberikan saingan kepada pelawat.

"Pasukan ini terdiri daripada ramai tenaga muda dan mereka cukup bersemangat," katanya.

Aquinaldo, 20, yakin mampu menghasilkan gandingan berkesan dengan pemain Tajikistan, Siyovush Asrorov, di posisi pertahanan tengah pasukan itu.

Dia berharap tiga lagi pemain import PKNP FC, Thomas Abbey, Yashir Islame dan Giancarlo Lopez, juga mampu untuk memberikan sumbangan bertenaga malam ini.

Advertisement

Must Watch Video