Skip to main content

Bola Sepak

Aguero seorang legenda -- Guardiola

sergio-aguero.jpg
BURNLEY 0 MAN CITY 1

Pep Guardiola menyifatkan Sergio Aguero sebagai seorang legenda selepas penyerang Manchester City itu meledak gol kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.


Aguero menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Burnley untuk menghantar semula City mendahului takha liga dengan memiliki kelebihan satu mata ke atas Liverpool.

Kemenangan ke-12 berturut-turut dalam saingan EPL bermakna City akan mempertahankan gelaran jika mereka memenangi baki dua perlawanan menentang Leicester City di laman sendiri sebelum berkunjung ke Brighton and Hove Albion.

Aguero mempamerkan persembahan cemerlang di Turf Moor dengan mengatasi penjaga gol tuan rumah, Matt Lowton, untuk menjaringkan golnya yang ke-20 musim ini.

Penyerang kelahiran Argentina itu melepasi 20 gol semusim buat kali kelima berturut-turut --pemain kedua EPL untuk melakukannya dalam saingan EPL.

Guardiola tidak sentiasa yakin dengan bakat dimiliki Aguero dengan lebih mengutamakan Gabriel Jesus tetapi memuji pemegang rekod jaringan City itu.

"Dia seorang legenda," kata Guardiola.

"Dia sentiasa melakukannya, menjaringkan gol penting untuk City, sama seperti ketika berdepan Tottenham dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

"Aguero seorang yang menakjubkan," ujarnya.

City dan Liverpool telah mencipta sejarah EPL musim ini selepas menjadi dua pasukan pertama untuk mengumpul lebih daripada 90 mata.

"Saya sentiasa gembira menyaksikan jurang di antara pasukan di tangga ketiga, keempat, kelima atau keenam, Chelsea, Arsenal dan Tottenham, ia sangat menakjubkan.

"Pada permulaan musim ini, saya tidak dapat menjangkakan apa-apa, terutama sekali ketika musim sejuk. Kami telah memenangi 12 perlawanan berturut-turut.

"Kami memiliki masa untuk pulih dan berehat. Kami akan berusaha untuk memenangi perlawanan seterusnya berdepan Leicester sebelum aksi terakhir musim ini.

City mengakhiri perlawanan dengan empat pertahanan tengah di atas padang, dengan Guardiola menurunkan John Stones dan Nicolas Otamendi di peringkat terakhir permainan.

Sean Dyche mencadangkan ia adalah tanda hormat yang diberikan kepada Burnley dan Guardiola mengakui mahu menurunkan satu lagi pertahanan jika ia dibenarkan.

"Ya, saya mula bimbang. Saya tidak lagi memiliki pertahanan di bangku simpanan, jika ada saya akan turunkannya."
 

Advertisement

Must Watch Video