Sergio Aguero kekal positif sambil menunggu keputusan untuk mengetahui sama ada dia mungkin terpaksa bersara berikutan masalah jantung yang dialaminya.
Laporan di Catalunya memberi gambaran penyerang Barcelona itu mungkin terpaksa menamatkan kariernya lebih awal kerana faktor degupan jantung yang tidak teratur.
30 Oktober lalu, pemain antarabangsa Argentina tersebut mengadu sakit dada ketika bertemu Alaves sebelum disahkan oleh kelab itu mengalami aritmia jantung.
Selepas menjalani ujian, Aguero -- yang hanya memulakan dua perlawanan untuk gergasi LaLiga itu sejak ditandatangi dengan percuma daripada Manchester City -- akan diketepikan selama tiga bulan.
Radio Catalunya melaporkan masalah itu lebih teruk daripada jangkaan awal dan penggempur berkenaan mungkin terpaksa menggantung butnya pada usia 33 tahun.
Bagaimanapun, bekas bintang Atletico Madrid itu menerusi Twitter menafikan perkara berkenaan apabila menjelaskan masa depannya tidak akan ditentukan sekurang-kurangnya hingga Februari tahun depan.
"Berikutan khabar angin yang tersebar itu, boleh dikatakan saya mengikut nasihat doktor kelab, melakukan ujian dan rawatan sebelum melihat perkembangannya dalam tempoh 90 hari. Saya sentiasa positif," katanya.
Aguero telah mengalami kecederaan berbeza ketika menyertai Barca lalu mengehadkan penampilannya kepada hanya lima penampilan musim ini dengan jumlah keseluruhan 166 minit di atas padang.
Dia menjaringkan satu-satunya golnya dalam pertembungan 'El Clasico' dengan Real Madrid, bulan lalu, tetapi jaringan lewatnya sekadar merupakan gol sagu hati dalam kekalahan 1-2.

Ante los rumores les cuento que estoy siguiendo las indicaciones de los médicos del club, haciendo pruebas y tratamiento y ver mi evolución en el plazo de los 90 días. Siempre en positivo ??
— Sergio Kun Aguero (@aguerosergiokun) November 12, 2021