Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, mencadangkan agar Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengubah bilangan kumpulan pasukan bertanding dalam penganjuran kejohanan akan datang bagi memastikan saingan terakhir peringkat kumpulan dapat ditamatkan serentak.
Kim Swee percaya nasib malang yang menimpa pasukannya dalam pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 kelmarin, turut dipengaruhi oleh perbezaan zon waktu yang ketara.
Justeru, dia berharap agar AFC dapat melakukan perubahan segera bagi mengelakkan perkara sama berulang pada masa akan datang.
Jumlah 11 kumpulan itu boleh dikurangkan kepada lapan dengan setiap kumpulan akan diisi dengan empat atau lima pasukan.
"Jika ia mempunyai lapan kumpulan, setiap dua pasukan terbaik akan layak secara automatik.
"Ia terpulang kepada AFC, namun ia pasti akan mendatangkan kebaikan bagi kejohanan akan datang," katanya.
AFC mengamalkan dasar terbuka dan sedia menerima sebarang buah fikiran daripada mana-mana ahli gabungannya.
Apa yang boleh dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika ini adalah menghantar cadangan kepada badan induk Asia itu.
"Saya tidak mengatakan format ini tidak boleh digunakan, namun jika ia mahu kekal digunakan, mereka perlu memastikan setiap perlawanan terakhir berlangsung serentak.
"(Namun) perbezaan zon waktu menjadikan perkara itu agak mustahil untuk dilakukan," tambahnya.