Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia itu sebelum ini dijadualkan berlangsung pada Jumaat depan dengan BFA meminta venue perlawanan itu ditukar ke lokasi berbeza pada Mac tahun depan.
Ini susulan tindakan penyokong negara jiran itu yang berang dalam perlawanan sebelum ini selepas terikat 2-2 dengan keputusan pengadil Oman, Ahmed Al-Kaf, yang melanjutkan perlawanan melebihi tempoh enam minit masa tambahan mengundang rasa tidak puas hati penyokong skuad Sang Garuda.
"AFC memandang serius kebimbangan ini dan komited sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pemain, pegawai dan peminat sambil mengecam semua bentuk penyalahgunaan dan ancaman dalam talian.
AFC statement on #AsianQualifiers Round 3 Group C fixture between ?? Indonesia and ?? Bahrain on March 25, 2025. https://t.co/NHZDX2ayHi
— #AsianQualifiers (@afcasiancup) October 18, 2024
"AFC akan membincangkan isu ini dengan lebih lanjut bersama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Persatuan Bolasepak Bahrain (BFA), dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam perlawanan itu." katanya.
Terdahulu, BFA juga sebelum ini menghantar rayuan kepada FIFA dan AFC untuk memohon supaya aksi timbal balik itu dilakukan di venue neutral demi keselamatan para pemain dan staf kejurulatihan Bahrain.