SERIE A
Ademola Lookman kunci mulut kegagalan sepakan penalti
Ademola Lookman mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan bergaya Atalanta ke atas Empoli, meledak dua gol dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan 5-0.
Namun, bintang Nigeria itu menjadi tumpuan utama bukan sahaja kerana prestasinya di atas padang, tetapi juga kerana keengganannya menjawab soalan mengenai perselisihannya dengan pengurus, Gian Piero Gasperini.
Ketegangan di antara Lookman dan Gasperini bermula dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), apabila Gasperini secara terbuka mengkritik Lookman selepas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti.
Iklan
Kritikan tersebut mencetuskan reaksi panas daripada Lookman di media sosial, menyebabkan isu ini terus menjadi perbualan hangat di kem Atalanta.
Dalam satu temu bual siaran langsung, Lookman ditanya sama ada hubungannya dengan Gasperini sudah kembali pulih.
Pada awalnya, dia kelihatan keliru dengan soalan tersebut dan berpaling kepada rakan sepasukan, Davide Zappacosta, untuk mendapatkan kepastian.
"Dia bercakap terlalu laju, apa yang dia tanya?" soal Lookman, menurut laporan Corriere dello Sport.
Wartawan Sky Sport Italia, Massimiliano Nebuloni, kemudian mengulangi soalan.
Pain into Power ⚽️⚽️ pic.twitter.com/5XodSmN5nu— Ademola Lookman (@Alookman_) February 23, 2025
"Adakah isu dengan Gasperini sudah selesai?"
Namun, Lookman jelas tidak berpuas hati.
Tanpa memberikan sebarang jawapan panjang, dia terus melangkah pergi dari mikrofon dengan riak wajah kurang senang.
Nebuloni mencuba sekali lagi dan bertanya, "Tiada apa yang mahu dikatakan?"
Lookman akhirnya memberi jawapan ringkas dengan tegas, "Sudah selesai."
Must-Watch Video