Skip to main content

Bola Sepak

Adams: Arsenal tidak perlukan Odegaard, Pepe, Willian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

odegaardwilliam_1.jpg
Tony Adams meluahkan kekecewaannya apabila Arsenal memilih untuk menandatangani Martin Odegaard, Nicolas Pepe dan Willian daripada menguatkan barisan pertahanan mereka yang rapuh.

Mikel Arteta mendatangkan Odegaard secara pinjaman sehingga penghujung musim ini bulan lalu dan pemain tengah menyerang itu telah menyatakan minatnya untuk menyertai Arsenal secara tetap.

Willian pula gagal memberikan impak seperti yang diharapkan Arteta sejak pemain kebangsaan Brazil itu menyertai kelab London berkenaan selepas kontraknya bersama Chelsea tamat -- gagal menjaringkan sebarang gol dan hanya menghasilkan tiga bantuan daripada 24 penampilan.

Pepe juga seorang lagi pemain sayap yang mengecewakan sejak menjadi pemain termahal dibeli Arsenal dengan nilai £72 juta (RM404.8 juta) daripada Nice pada 2019.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu gagal mencetuskan impak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya menghasilkan sembilan gol, enam bantuan dan menjana 46 peluang daripada 47 penampilannya dalam liga itu.

Arteta membawa masuk pertahanan tengah, Gabriel dan William Saliba tetapi legenda The Gunners, Adams, mempersoalkan urusan jual beli bekas kelabnya itu.
 

Dia berkata kepada Premier League Production: "Sejujurnya, terdapat perdebatan bahawa anda tidak memerlukan Martin Odegaard.

"Saya berasa amat jengkel apabila kami membawa masuk Pepe dan Willian ketika anda memiliki dua pemain remaja (Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka) yang menyinar dalam pasukan.

"Terdapat bahagian lain dalam pasukan ini yang perlu diberikan perhatian, terdapat lompong dalam pasukan ini, kita dapat lihat betapa mereka rapuh secara bertahan. Pertahanan mereka sentiasa menjadi bahagian yang lemah.

"Sebagai pengarah sukan, anda tidak sepatutnya membawa masuk Odegaard, anda sepatutnya membawa masuk pertahan yang baik dan kuat," katanya.

Arsenal hanya merekodkan satu perlawanan tanpa bolos daripada enam pertemuan terakhir tetapi menewaskan Leeds United 4-2 hujung minggu lalu untuk kini berada di tangga ke-10 EPL.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video