Skip to main content

Bola Sepak

Adam Norman kumpul jersi sejak berusia 10 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adam-norman.jpg
Seorang penyokong tegar bola sepak tempatan membuktikan usia bukan penghalang untuk bergelar pengumpul jersi sejak berusia 10 tahun. 

Apabila seorang individu yang bergelar pengumpul jersi, selalunya mereka dilihat sebagai seorang yang cukup berpengalaman dari segi usia, mengenali bola sepak untuk satu tempoh yang sudah panjang.

Kali ini terdapat kelainan apabila seorang peminat bola sepak tempatan cilik memiliki deretan koleksi jersi pasukan tempatan, Muhammad Adam Norman Abdul Jabbar, yang kini berusia 13 tahun, berkongsi dengan wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman menerusi Nadi Arena sebentar tadi.

Antara jersi paling bernilai buat Adam merupakan jersi Manuel Ott, yang ketika itu mewakili Kedah Darul Aman, yang menyerahkan jersi tersebut sempena hari lahirnya.
 

Advertisement

Must Watch Video